Blogger Widgets

SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM


Pendidikan Khas di sekolah ini ditubuhkan pada 1 Mac 2010. Guru yang bertanggungjawab menguruskan Pendidikan  Khas ini adalah Pn. Suhaina Bt. Suriman. Beliau merupakan Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Seksyen 27 Shah Alam. Kelas ini dikenali sebagai Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Bermasalah Pembelajaran. Bangunan asalnya adalah sebuah kelas yang kecil sahaja.

          Semasa kelas ini dibuka seramai 12 orang pelajar iaitu 8 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan ditempatkan di sini. Manakala tenaga pengajarnya pula terdiri daripada 3 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Kelas ini dibahagikan kepada 2 kelas  iaitu Kelas Pertama dan Kelas Kedua mengikut tahap penguasaan dan kategori masing-masing.

          Kini, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seksyen 27 telah mempunyai sebuah kelas sendiri yang lebih selesa. Kelas ini telah dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama menempatkan dapur dan bilik pengurusan diri,manakala bahagian ke dua menempatkan sebuah bilik guru.Tiga bahagian lagi dijadikan sistem pengajaran secara stesen iaitu Stesen Bahasa Melayu, Stesen Bahasa Inggeris, Stesen Sains dan Kemahiran Manipulatif.

          Hal ini seiring dengan pertambahan bilangan pelajar dari setahun ke setahun. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar bermasalah pertuturan, ‘Down Sindrom’, Autisme, Slow Learner, terencat akal dan hiperaktif. Tenaga  pengajar sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi untuk membimbing mereka agar menjadi insan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dan berdikari.


SENARAI PROGRAM

 

KURIKULUM

                Bahasa Melayu

                Bahasa Inggeris

                Matematik

                Pendidikan Muzik

                Pendidikan Jasmani & Kesihatan

                Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

                Sains & Sosial Alam Sekitar

                Kemahiran Hidup – Masakan, Perkebunan & Jahitan

·          Kemahiran Manipulatif

·          Pengurusan Diri


40 % tumpuan mata pelajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ianya dilaksanakan selama 4 jam dalam seminggu. Objektif utamanya adalah memahirkan pelajar dalam kemahiran penting dalam kehidupan seharian. Antara bidang yang disediakan adalah masakan.perkebunan dan jahitan.
 
MAKLUMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKI) 2012
SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM
                
BILANGAN GURU          -           4 ORANG   (PEREMPUAN)
BILANGAN PPM             -           1 ORANG
BILANGAN PELAJAR     -         37 ORANG
PELAJAR MENGIKUT JANTINA DAN BANGSA

JANTINA

           

                                     BANGSA

 

MELAYU

 

CINA

 

INDIA

 

JUMLAH

LELAKI

11

1

2

14

PEREMPUAN

7

-

1

8

KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN MENGIKUT JANTINA





JENIS MASALAH

JANTINA

JUMLAH

SLOW LEARNER

L

7

12

P

5

AUTISME

L

2

3

P

1

DOWN SYNDROME

L

2

2

P

-

TERENCAT AKAL RINGAN

L

1

 

P

2

3

KECACATAN ANGGOTA BADAN

L

1

1

P

-

MICRO CEPHALY

L

1

1

P

-

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment